Pages

Tuesday, April 27, 2010

Gaji kecil bagaimana terus survive dan menjadi kaya..

Memang susah hidup dengan gaji setakat Rm800.00 sebulan...yang tu belum kahwin...kalau sudah berkahwin,memang tidak hidup kalau hanya dengan gaji serendah tu...Jangan berhenti berfikir...fikir dengan kreatif..cari penyelesaian bukan menyerah kepada takdir semata-mata...kita yang menentukan takdir kita sendiri...kita yang menentukan berapa gaji dan pendapatan yang kita mahu...





Caranya....





Bina pendapatan pasif 20% daripada gaji sekarang...


Bagaimana melakukannya?...Jika gaji anda sekarang adalah Rm800.00...cuba bina pendapatan pasif sabanyak Rm160 sebulan...banyak yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan Rm160.00...contohnya mulakan gerai kiosk menjual burger dan ujpah saudara untuk menguruskannya...anda hanya mengutip pendapatan bila tiba masanya...alangkah bagusnya kan...Kemudian kembangkan perniagaan tersebut sehingga mempunyai banyak cawangan di setiap daerah..





Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi...ada satu cara bagi memulakan perniagaan ialah dengan membina kerjasama denga saudara atau rakan yang terdekat dengan anda...





Setelah perniagaan semakin kukuh...beri perhatian kepada saving...invest ke dalam hartanah sama ada membeli rumah ataupun membeli tanah...upgrade tanah tersebut kemudian jual....Banyak cara membina empayar kekayaan..semuanya bermula dengan satu idea yang kreatif...

Erti kebebasan kewangan..

Mengikut pemahaman OW..Orang yang memliki kebebasan kewangan tidak mempunyai apa-apa hutang dalam bentuk liabiliti melainkan hutang yang baik dalam bentuk aset..Itulah satu petanda yang boleh kita tengok untuk menilai tahap kebebasan kewangan seseorang...jika masih ada hutang berlambak di bank,bermakna masih belum bebas kewangan malah ada masalah keberhutangan yang kronik....




Jika seseorang itu mempunyai kebebasan kewangan, suda tentu tidak ada masalah tentang kewangan...seolah-olah duit dalam poket beranak-pinak...wang tidak pernah kering...bila diperlukan..keluar sahaja dompet dan korek duit..macam air..sentiasa ada dan tidak pernah kering...Mereka mempunyai sumber pendapatan yang banyak..lebih banyak pendapatan pasif...lebih banyak pendapatan aktif..




Sentiasa mempunyai duit..dan duit sentiasa mejana sebanyak mungkin duit kepada mereka yang bebas kewangan...Berapa lamakah tempoh untuk membina empayar kebebasan kewangan ini?...selama mana yang kita bersedia berkorban untuk bermula...itulah tempoh membina kebebasan kewangan...

Kenapa restoran cina sentiasa ada pelanggan..

Bila saya tengok kedai cina..setiap masa mesti ada pelanggan yang masuk ke restoran milik orang cina...biasanya mereka akan keluar makan pada waktu pagi, tengah hari dan makan malam..Satu sebab yang kukuh ialah mereka menyokong bangsa mereka sendiri...Kebanyakan pelanggan kedai cina adalah bangsa mereka sendiri...






Dari segi makanan pula...makanan di kedai cina kebanyakannya sedap-sedap belaka..selain daripada tu..masakan kedai cina mempunyai resepi istimewa dan dijamin sedap dan ramai yang akan datang balik untuk makan di tempat yang sama disebabkan makanan yang di sediakan sedap dan harganyapun berpatutan..Biasanya bila bangsa kita berniaga...tengok kedai orang lain dulu kemudian ikut..kedai makan cina lain..mereka menambahkan nilai kepada makanan yang popular di sesuatu kawasan...selain itu memberikan harga yang sngat berpatutan...kedai lain sediakan kolo mee biasa..di kedai cina kolo mee dengan sup bebola ikan dengan harga yang sama...mana yang lebih baik dan mempunyai lebih nilai?






Biasanya kedai cina mempunyai tukang masak yang terbaik...berpengalaman dan mempunyai kualiti kerja yang baik...sebab itulah bila mengunjungi kedai makan cina kita akan dapati makanan yang disediakan sedap tahap tip top...tengok saja makanan seafood...siapa yang lebih maju dalam makanan seafood?...tomyam kedai cina lebih sedap daripada kedai biasa...












Monday, April 26, 2010

Cara mendapatkan modal memulakan perniagaan..

Ramai yang berminat memulakan perniagaan mereka sendiri..Ramai yang berimpian membina jenama sendiri..Ramai yang mempunyai idea perniagaan yang hebat namun satu hal yang banyak menghalang kita daripada mendapatkannya ialah...MODAL..kita kekurangan modal walaupun idea perniagaan kita sangat bagus....bagaimana cara memperolehi modal dalam masa yang singkat....


Apa yang perlu kita buat?

1. Mulakan perniagaan kecil..cth: jual air minuman di pasar atau depan rumah

2. Tukar kemahiran anda menjadi duit cth : menjahit pakaian

3. Ambil upah menghantar barang

4. Mengecat rumah dan membersih rumah

5. Membaiki siling bocor

6. Berniaga bersama saudara di pasar

7. Menjual barang-barang tidak berguan di ebay

8. Menjadi agen insurans

9. Berkerja part time ,cth : cleaner hotel dan sebagainya

10. Jual burger..


Contoh pengiraan jualan dan simpanan:


Jual burger

sehari = 50 pelanggan x Rm2.50

= Rm 125.00 sehari


sebulan (26 hari) = Rm 3,250.00)

setahun = Rm 39,000.00


Andainya setiap hari kita mendapat jualan sebanyak Rm125.00...dalam setahun kita akan memiliki modal sebanyak Rm 39,000.00..wow..Masa ini bolehlah membesarkan perniagaan dan menambahkan cabang perniagaan kepada pembekal burger pula..Tiada yang mustahil..yang penting usaha dan berterusan...kembangkan perniagaan menjadi besar secara beransur-ansur...pastikan perniagaan ada perubahan dan berkembang bukan semakin susut dan hilang....


Rahsia mendapat pelanggan..

Biasanya bila kita pergi pasar...banyak gelagat orang yang menjual yang kita dengar kan..lalu gerai kuih kakak tu akan cakap.." kuih,baru lagi..masi panas..mari mahu berapa?.."...lalu gerai jual ikan..' sekilo rm5,murah-murah saja..boleh kurang kalau mau..fresh lagi ikan ni baru sampai'...lalu gerai jual ayam panggang..' ayam panggang,sedap..rm3 saja'...lalu gerai sayur..makcik tu cakap..' sayur,3 rm5' ...


Bermacam-macam teknik promosi yang berkesan misalnya di pasar malam, pasar siang dan macam-macam jenis pasar lagi lah...bila kita lalu gerai tersebut kita akan rasa mahu beli...betulkan?kita terus berhenti dan tengok-tengok apa yang dijual...betapa berkesannya cara penjual menarik pembeli dengan mengatakan produk yang dijualnya adalah terbaik dan murah...bila kita tengok barang yang dijual amat menarik..macam sedap,macam menarik..dan pelbagai lagi lah..


Kuncinya adalah cuba memberikan gambaran yang terbaik kepada pelanggan anda..pelanggan akan rasa produk anda terbaik dan terus membeli..praktikkan teknik memberikan gambaran yang terbaik untuk produk anda..bila pelanggan jelas barulah membelinya..

Sunday, April 25, 2010

Beli kereta lama atau baru?....









Beli kereta baru atau lama...apa kelebihan..apa kelemahan..masing ada pro n kontranya...layan dulu gambar yang sempat di upload...







































Kelebihan memiliki kereta baru...

1. Gaya ada lebih sikit..turun dari kereta pun..waaaah..seronok

2. Hati puas sebab selama ini impikan kereta baru yang sedemikian rupa..

3. Rasa hebat..keyakinan bertambah..semangat bertambah..

4. Rasa seronok sebab kereta berbaloi dengan gaji yang diperolehi..

5. Menikmati saat yang indah bersama orang tersayang..

6. Tidak rasa mahal walaunpun kereta tersebut mahal..

7. Mempunyai keinginan yang kuat untuk berusaha lebih..

8. Mempunyai semangat yang kuat kerana perlu dapat gaji atau pendapatan yang banyak untuk menampung perbelanjaan kereta..

9. Kereta terjaga dengan rapi dan sentiasa bersih..masih baru kan

10. Satu cara memotivasikan diri agar memperolehi kereta idaman..



Kelebihan memiliki kereta lama...

1. Bayaran ansuran murah..

2. Kebanyakannya masih dalam keadaan yang baik..hanya perlu sedikit penyelengaraan..

3. Maintence murah..

4. Dapat saving banyak duit sebab kereta boleh bayar cash..

5. Dapat buka cawangan bisnes baru kerana simpanan di bank bagai melimpah keluar..

6. Memiliki jiwa yang tenang dan tentram kerana tidak perlu memikirkan bayaran yang sampai RM1k-3k sebulan...wow

7. Dapat mempraktikkan cara berjimat dan menyelamatkan duit daripada lebur...

8.Dapat melancong ke luar negara..banyak simpanan dalam bank

9. Dapat membeli rumah 2-storey yang berharga RM400k di kawasan elit...

10. Tidak akan risau atau sakit jiwa sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada kereta kerana masih mampu membeli 5 lagi kereta yang sama...





























































Friday, April 23, 2010

Apa pencapaian anda pada usia anda 40 Tahun?

1. __________________________

2. __________________________

3. __________________________

4.__________________________

5.__________________________

6. __________________________

7. __________________________

8. __________________________

9. _________________________

10. _________________________

Kongsi idea dan matlamat anda di sini...Jangan risau anda kongsi,ilmu itu tidak akan hilang malah akan terus berkembang dan berkembang...Kemukakan idea anda..jangan malu-malu..

Ilmu untuk semua...

Selepas membaca buku ini saya mendapati bahawa kuasa tarikan dengan menggunakan kuasa minda sangat berkesan untuk mendekatkan kita dengan matlamat yang kita mahu dalam kehidupan kita...Banyak perkara dan idea yang saya akan praktikan dalam kehidupan seharian agar dapat menjadi insan yang berjaya dengan meggunakan kuasa minda dengan betul...
Pelbagai tips dan ulasan yang sangat membantu saya untuk mencapai matlamat saya dalam tahun ini mahupun matlamat saya dalam 8 tahun, 10 tahun akan datang atau pada umur 50 Tahun nanti...
Perancangan rapi dan teratur serta menggunakan kuasa minda dengan betul, ia akan benar-benar membantu untuk mencapai apapun matlamat kita..Sama ada besar ataupun kecil...Ada satu perkara yang membantu kita dalam mencapai matlamat kita..
Sebenarnya kita boleh menentukan sama ada kita akan dapat benda tersebut ataupun tidak...rahsianya adalah penggunaan kuasa minda iaitu 'Hukum Tarikan' Mahu tahu apa rahsia yang terkandung dalam buku ini?...Pelajari sendiri daripada buku ini...Bukan promosi cuma berkongsi ilmu yang sangat berharga...

Kenapa kita masih berada pada tahap yang sama...

Cuba kita perhatikan keadaan kita sekarang...Adakah kit tetap menikmati apa yang kita nikmati seperti tahun lepas atau lebih dekat ialah bulan lepas..Apakah perubahan yang kita nampak pada diri kita...Adakah gaji kita naik dengan mendadak?Adakah kita menikamati kehidupan yang lebih baik mengikut peredaran masa yang sentiasa berlalu...
Persoalannya kenapa kita masih di takuk yang lama...dulu pakai motor kapchai..sekarang pun pakai motor yang sama..dulu simpanan RM100..kalau ada,,dan sekarang RM000...walaupun jimat tapi simpanan tarak (tidak ada) juga...Pergi mana duit itu?....Tiada usaha tiadalah perubahan dalam hidup..apa lagi poket kita...langsung tiada perubahan...apa yang bangsa kita perlu ubah ialah sikap yang terlalu bergantung kepada orang lain...tidak berusaha langsung dalam memperbaiki diri sendiri...Nampak orang pakai kereta mewah.."oh..mereka kaya sebab bernasib baik ada mak bapa yang kaya..anak-anak tinggal tunggu turn untuk dib ahagikan harta atau mewarisi kekayaan dan perniagaan...Kehidupan bukan mudah wahai kawan...Buktikan saya salah...Sekiranya anda mengatakan kehidupan senang..beri saya bukti kejayaan anda yang membuktikan bahawa hidup adalah senang..Cabar diri kita..setiap hari kita ada benda baru yang kita pelajari..Kita akan menjadi lebih baik...

Thursday, April 15, 2010

kongsi ilmu...


Anda beginner dalam bidang blogger...tidak mengapa bannyak perkara yang anda boleh dapat daripada buku ni...

Buku ni sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak2 dalam bidang blog..membina blog semudah membaca A,B,C....habis katam buku ni, boleh anda mula membuat blog dengan mudah..

Bagaimana membuat duit dengan blog..semua ada dalam buku ni..tidak rugi melaburkan dalam ilmu kerana ia akan bertambah apabila dikongsi bersama...

Banyak tips bagaimana menghasilkan blog yang hebat..bagaimana mempromosikan blog anda? bagaimana langkah pertama membuat duit melalui blog? Bagaimana berjaya sebagai penulis blog?...Buku ni sangat bagus dan berinformasi yang sangat berguna..

Sekadar berkongsi...

sekian,
ILMU PEMANCU WAWASAN

Kenapa ekonomi kita ketinggalan jauh di belakang..

Mudah untuk kita membuat perbandingan..tengok sahaja pemilik kedai di bandar2 utama..mungkin saudara dapat meneka siapa yang lebih maju..kenapa kita ketinggalan jauh di belakang sedangkan mereka sudah hampir memiliki apa yang kita tiada..maksudnya mereka kaya la..

Kenapa kita tidak seperti mereka?...

1. Usaha tidak sehebat mereka....
Mereka ( faham2 la kan ) berusaha sampai dapat apa yang mereka mahu...bukan berusaha sampai penat..mesti sampai dapat..maksudnya, sampai berjaya la..

2. Semangat kekitaan sangat kuat...
Cuba datang ke kedai mereka dan bertanya tentang di mana mereka dapat stok yang murah...saya pasti anda akan dapat jawapan yang....HAMPA...sebab apa? sebab anda tidak akan sama sekali akan mendapat jawapannya...cari sendiri..mau hidup..sendiri mau ingat...

3. Bangsa kita busuk hati...
Apabila nampak rakan, kawan, saudara, makcik, pakcik, adik, abang berjaya...mulalah mencari teknik untuk menjatuhkan..inilah sifat yang paling bodoh dan keji...akal sangat pendek...kan lebih baik lihat dan pelajari kemahiran dan resipi bagaimana mereka berjaya...kalau ikut langkah orang yang berjaya..kita hampir mungkin seperti mereka..jangan la seperti perangai binatang...tiada ilmu dan pemikiran...kita kaya dengan kehebatan minda kita...pelajari sesuatu daripada mereka yang berjaya...

4. Mahu cepat kaya...
Ini pemikiran kolot dan tidak berilmu..buka perniagaan hari ni..lepas tu,menetapkan matlamat untuk memiliki kereta BMW dalam masa 5 bulan..Perniagaan mengambil masa untuk benar2 berjaya..bukan sebulan dua..jadi, jangan berangan2 lebih..tengok keupayaan sendiri...tidak salah cuma sangat jauh..kalau gagal dapat nanti kecewa...tetapkan matlamat ikut keupayaan..

5. Kekayaan hari ini adalah usaha 5 tahun yang lepas...
Penoreh getah pun pakai D-max,Vigo dan seumpamanya...mereka menabur benih kekayaan 6 tahun lepas..Usaha yang berterusan menjanjikan hasil yang tidak mengecewakan..bukan cerita dongeng..ini cerita benar..true story..Tulis apa yang perlu kita lakukan hari ini agar mendapat hasil yang kita impikan 5 tahun akan datang..

6. Berjimat dan jadi kaya..
Ayat ini hanya betul sekiranya kita menyimpan dan melaburkan wang simpanan tersebut sebagai modal bisnes kita..tetapi andainya kita melaburkan dalam perbelanjaan yang tidak akan mendatangkan hasil...rugi la kan..jadi,simpan duit sebagai modal membuka perniagaan agar bertambah nilai aset dan kekayaan kita...

7. Bertahan dan teruskan...
Teruskan perniagaan pertama anda, jangan melompat seperti katak..bisnes memang begitu..bukan senang..tapi bila sudah lama...memang senang...bertahan, teruskan..cari ilmu, kembangkan bisnes dalam bidang yang berkaitan...

sekian,
ILMU PEMACU WAWASAN

Membeli buku adalah membazir?

Apa pendapat anda pula..?
Benarkah pendapat sesetengah orang mengatakan bahawa membeli buku adalah membazir..Kalau membeli buku yang mengandungi setakat hiburan semata-mata,adalah rugi kerana kita boleh membeli buku yang lebih baik seperti buku yang menyumbang ilmu pengetahuan...memberi informasi dan berguna kepada kita...sekurang-kurangnya ada ilmu yang kita kongsikan dengan kawan time lepak-lepak kan...
Kalau di negara Jepun, mereka boleh membaca di dalam tandas, cuba kita renungkan kembali time kita pergi tandas awam di negara kita...agak2 bolehkah kita membaca di dalam tandas..berapa jumlah tandas awam kelas 5 bintang di negara kita?..ooowwwh mengerikan...
Sekadar menyumbang pendapat bukan menyindir...kalau terasa angap itu satu kebetulan....apa pandangan anda tentang maklumat di atas? adakah ia boleh boleh diterima kerana salah atau boleh diterima kerana ianya benar...

sekian,
ILMU PEMANCU WAWASAN

Followers