Pages

Thursday, April 15, 2010

Kenapa ekonomi kita ketinggalan jauh di belakang..

Mudah untuk kita membuat perbandingan..tengok sahaja pemilik kedai di bandar2 utama..mungkin saudara dapat meneka siapa yang lebih maju..kenapa kita ketinggalan jauh di belakang sedangkan mereka sudah hampir memiliki apa yang kita tiada..maksudnya mereka kaya la..

Kenapa kita tidak seperti mereka?...

1. Usaha tidak sehebat mereka....
Mereka ( faham2 la kan ) berusaha sampai dapat apa yang mereka mahu...bukan berusaha sampai penat..mesti sampai dapat..maksudnya, sampai berjaya la..

2. Semangat kekitaan sangat kuat...
Cuba datang ke kedai mereka dan bertanya tentang di mana mereka dapat stok yang murah...saya pasti anda akan dapat jawapan yang....HAMPA...sebab apa? sebab anda tidak akan sama sekali akan mendapat jawapannya...cari sendiri..mau hidup..sendiri mau ingat...

3. Bangsa kita busuk hati...
Apabila nampak rakan, kawan, saudara, makcik, pakcik, adik, abang berjaya...mulalah mencari teknik untuk menjatuhkan..inilah sifat yang paling bodoh dan keji...akal sangat pendek...kan lebih baik lihat dan pelajari kemahiran dan resipi bagaimana mereka berjaya...kalau ikut langkah orang yang berjaya..kita hampir mungkin seperti mereka..jangan la seperti perangai binatang...tiada ilmu dan pemikiran...kita kaya dengan kehebatan minda kita...pelajari sesuatu daripada mereka yang berjaya...

4. Mahu cepat kaya...
Ini pemikiran kolot dan tidak berilmu..buka perniagaan hari ni..lepas tu,menetapkan matlamat untuk memiliki kereta BMW dalam masa 5 bulan..Perniagaan mengambil masa untuk benar2 berjaya..bukan sebulan dua..jadi, jangan berangan2 lebih..tengok keupayaan sendiri...tidak salah cuma sangat jauh..kalau gagal dapat nanti kecewa...tetapkan matlamat ikut keupayaan..

5. Kekayaan hari ini adalah usaha 5 tahun yang lepas...
Penoreh getah pun pakai D-max,Vigo dan seumpamanya...mereka menabur benih kekayaan 6 tahun lepas..Usaha yang berterusan menjanjikan hasil yang tidak mengecewakan..bukan cerita dongeng..ini cerita benar..true story..Tulis apa yang perlu kita lakukan hari ini agar mendapat hasil yang kita impikan 5 tahun akan datang..

6. Berjimat dan jadi kaya..
Ayat ini hanya betul sekiranya kita menyimpan dan melaburkan wang simpanan tersebut sebagai modal bisnes kita..tetapi andainya kita melaburkan dalam perbelanjaan yang tidak akan mendatangkan hasil...rugi la kan..jadi,simpan duit sebagai modal membuka perniagaan agar bertambah nilai aset dan kekayaan kita...

7. Bertahan dan teruskan...
Teruskan perniagaan pertama anda, jangan melompat seperti katak..bisnes memang begitu..bukan senang..tapi bila sudah lama...memang senang...bertahan, teruskan..cari ilmu, kembangkan bisnes dalam bidang yang berkaitan...

sekian,
ILMU PEMACU WAWASAN

No comments:

Followers