Pages

Monday, June 28, 2010

RAHSIA FOKUS DALAM PERNIAGAAN..

Salah satu rahsia dalam perniagaan ialah 'fokus'..kalau kita lihat perniagaan yang berjaya sentiasa fokus dan mengembangkan perniagaan ke tahap yang terbaik mengikut peredaran kemodenan dan keperluan semasa..fokus kepada satu bidang perniagaan sehingga berjaya adalah lebih kurang seperti ilustrasi berikut..
Perniagaan Ah Kiong ialah perniagaan runcit...
-Berniaga lebih 20 tahun dalam bidang yang sama iaitu kedai runcit
- Apa yang diubah oleh beliau adalah ruang niaga lebih besar, cat baru, pekerja ramai dan bertambah setiap tahun, lebih banyak pilihan barang yang disediakan dan banyak lagi yang berkaitan dengan memajukan perniagaan asal..
- Beliau tidak pernah ubah bidang perniagaan..apa yang diubah adalah cara dan strategi berniaga..
- Bermula dari tahun 1967 hingga hari ini..perniagaan beliau tetap sama..
Apa yang perlu kita pelajari adalah fokus kepada satu bidang perniagaan..kembangkan secara berperingkat-peringkat..

MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENGGUNAKAN KEPAKARAN ORANG LAIN..part 3

Sambungan daripada artikel lepas..kali ini mengenai bagaimana menjana wang dengan menggunakan kepakaran orang lain...dalam dunia ini kita memang tidak mampu untuk mahir dalam pelbagai ilmu..namun begitu kita boleh memperolehinya dengan meminta bantuan orang lain..tapi yang hebatnya adalah hal ini menjana wang untuk anda..
Sebagai contoh:
Ahmad merupakan seorang peniaga kedai runcit bertaraf supermarket..beliau hanya tahu dalam soal barang permintaan pelanggan namun beliau tidak tahu tentang perakaunan dan percukaian..jadi beliau mengupah seorang yang memang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut..dalam ertikata lain beliau mengaji orang lain untuk menggunakan kepakarannya..Ahmad dapat melipatkaliganda keuntungan dan orang yang menyumabang kepakaran dalam perakaunan dan percukaian dapat wang sebagai balasan..
Jika kita tidak mempunyai kepakaran..upah orang lain..kita akan dapat pulangan dalam bentuk keuntungan yang berganda...tidak rugi mengupah orang lain..salam kejayaan..


Saturday, June 26, 2010

MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENGGUNKAN MASA ORANG LAIN...part 2

Post ni merupakan sambungan post part 1 sebelum ini..kalau kita perhatikan ramai yang menngaplikasikan cara ini untuk menjana keuntungan yang berlipatkali ganda dalam perniagaan..dalam bahagian saya akan sentuh mengenai masa..kita gunakan masa orang lain untuk menjana keuntungan..kita suruh orang lain melaksanakan kerja yang menghasilkan duit, masa orang lain digunakan untuk menghasilkan duit..
Banyak cara untuk menghasilkan duit dengan menggunakan masa orang lain..sebagai contoh, mengupah orang lain membuat kerja anda seperti menyemak senarai pelanggan, menyambut panggilan telefon pelanggan dan sebagainya..
Gunakan masa orang lain untuk menjana keuntungan dan menjimatkan masa kita..dalam masa yang sama kita dapat melakukan beberapa kerja dalam satu masa...
Menggunakan masa orang lain dapat menjana keuntungan...

Thursday, June 24, 2010

MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENGGUNAKAN DUIT ORANG LAIN..Part 1

Banyak cara untuk mendapatkan sesuatu..ingin berjaya kena berfikir kreatif..bukan semua perkara akan diberitahu kepada kita..siapa kita sehingga semua ilmu dan kemahiran ada orang yang datang dengan sendirinya membantu kita..tidak ada..kena berusaha sendiri..namun yang paling bagusnya orang lain akan sudi membantu kita dalam menjayakan bisnes kita..tiada modal? ada caranya..
Cara yang paling mudah dan tidak susah cuma perlu kreatif dan pandai mengambil peluang yang ada didepan mata..kita dapat menjayakan perniagaan kita dengan menggunakan duit orang lain..ya, dengan duit orang lain..sebagai contoh kita menggunakan duit daripada bank untuk membeli rumah..satu pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka panjang..jadi kita tidak perlu berhempas-pulas membanting tulang mengumpul duit sehingga Rm100k..paling bijak..gunakan duit bank..

Saturday, June 19, 2010

BAGAIMANA MENJAGA KESIHATAN?

Kesihatan sangat penting..ada yang mengalami masalah kesihatan seawal belasan tahun dan tidak kurang juga yang mengalami penyakit dan kelemahan tubuh badan ketika usia mencecah 50-an ke atas..
Bagi memastikan kesihatan kita dalam keadaan yang terbaik, kita perlu mengamalkan cara pemakanan yang baik..maksud baik disini ialah memilih jenis makanan yang diambil..jangan mengambil makanan dengan mengikut hati dan nafsu makan semata-mata..
Amalkan pemakanan seperti berikut....
  • Kurangkan pengambilan minyak, gula dan garam dalam makanan yang diambil sehari-hari..pastikan tidak terrlalu banyak minyak digunakan ndalam masakan ataupun tidak menggunakan minyak lagi bagus..amalkan pengambilan gula yang sedikit atau tidak menggunakan gula lagi bagus sebab dalam makanan memang mengandungi gula...Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan jantung mengepam dengan lebih cepat untuk meneutralkan kandungan garam yang banyak..garam yang banyak menyebabkan penyakit..jadi kurangkan penggunaan minyak, gula dan garam..
  • Makan makanan yang seimbang..seimbang maksudnya makanan yang diambil bukan dalam kategori yang sama sahaja setiap hari sepanjang minggu..jika hari ini makan nasi dan daging ayam..jika makan makan makanan yang sama setiap hari maksudnya makanan yang dimakan adalah tidak seimbang..
  • Minum banyak air...apapun air, yang penting air..namun air yang terbaik adalah air bening ataupun air biasa..minum banyak air yang bergas atau berkarbonat tidak bagus untuk badan..

Friday, June 18, 2010

BAGAIMANA ORANG KAYA MEMBUAT DUIT?

Kalau mahu kaya kita perlu tengok orang kaya..ikut cara mereka membuat duit..cuba perhatikan dan buat kajian bagaimana mereka mendapat duit dan bagaimana cara mereka menambahkan jumlah duit yang ada pada mereka..
Jika kita lihat bagaimana cara mereka membuat duit..kita akan faham bahawa kita semua berhak dan mempunyai peluang yang sama..masa kita sama..yang membezakan kita dan mereka ialah keghairahan "passion" dalam apapun yang dilakukan..perlu ada semangat yang tinggi atau kehendak yang membuak-buak dalam hati...hal ini yang membuatkan kita berjaya..
Perlu ada keinginan yang membuak-buak..bersemangat untuk mmendapatkannya..dengan keinginan yang sebegitu barulah impian akan tercapai..bukan susah untuk menjadi kaya..hanya perlu mewujudkan banyak sumber pendapatan yang banyak dan tidak terhad..dan yang paling penting ialah memulakannya hari ini...

Sunday, June 13, 2010

TEMPAT YANG BELUM PERNAH SAYA PERGI..HARI INI DAH SAMPAI







Pada 11 Jun lepas..time khawin kawan saya barulah saya dapat pergi ke satu kampung yang belum pernah saya sampai sebelum ni..tempatnya lebih kurang 40 minit perjalanan dengan menggunakan kereta pancuan 4 roda..
Pengalaman yang paling manis kerana dapat sampai ke tempat yang tidak pernah terbayang di fikiran..tiba-tiba sampai akhirnya..perkara yang paling penting disini ialah saya belajar bahawa jika kita tidak mengalaminya sendiri kita tidak sehebat mana..kita tidak dapat merasai perjalanan pengalaman jika tidak melakukannya sendiri..pengalaman itu sangat berharga...buat sesuatu yang baru..rasai pengalaman dan belajar daripadanya..














Saturday, June 12, 2010

APA KELEBIHAN PERNIAGAAN ANDA?

Saya percaya dengan kebenaran sebab dan akibat..jika berlaku sesuatu pasti ada sebab kenapa ia berlaku seperti..mesti ada sebab..
Dalam perniagaan selalunya orang akan melihat keadaan sekitar..membaca persekitaran dan kemudian mengatur strategi bagaimana berjaya dalam perniagaan hyang akan diceburi..perkara ini sangat perlu..kena kaji sesab yang mungkin yang akan membantu perniagaan yang akan dibuka berjaya dengan baik...
Contoh situasi:
Restoran Chong Kiong terletak berhampiran dengan perhentian bas dari beberapa kampung di daerah tersebut..setiap hari isnin hingga jumaat kedai makan beliau sesak dengan orang untuk makan..kebanyakkan pelanggan beliau adalah terdiri daripada orang kampung yang turun dan tunggu bas berhampiran..
Analisis:
Berdasarkan situasi ini Restoran Chong Kiong mempunyai pelanggan tetap iaitu orang kampung yang turun dan tunggu bas di situ..Salah satu sebab mengapa perniagaan restoran Chong Kiong adalah disebabkan oleh adanya pelanggan tetap di situ...

Monday, June 7, 2010

DUA PERKARA INI ANDA PERLU TAHU UNTUK MENJADI KAYA..

Dua perkara ini perlu ada jika ingin menjana kekayaan..tidak kira dalam bentuk apapun perniagaan anda..dua perkara ini harus seiring..jika salah satu tidak ada atau anda tidak aplikasikan dalam perniagaan anda..anda tetap tidak kaya..duit hanya singgah sebentar sahaja kepada anda..
Apa dua perkara itu?
  1. Anda perlu pandai mencari peluang untuk mendapatkan duit..banyak cari mendapatkan duit..jika tidak pandai mencari duit anda tidak akan mendapat duit atau istilah lebih tepat anda tidak berduit..jadi, kena pandai cari peluang-peluang yang sedia ada untuk menjana duit untuk anda..ada banyak cara mendapat duit..berkerja keras untuk mendapat duit atau bekerja dengan bijak untuk mendapat duit..
  2. Pandai simpan atau labur duit di tempat yang betul...yang ini sangat penting..sebanyak manapun duit anda tidak akan bertambah banyak sekiranya tidak pandai menyimpan atau melabur duit yang anda dapat..

Jika kita mengamalkan dua perkara ini..kita akan menjadi kaya..bukan susah untuk kaya..kena pandai cari strategi dan peluang..itu yang sangat penting..dan bila dapat hasil..simpan dan laburkan..pasti duit akan bertambah banyak dan tidak akan berkurang...

BAGAIMANA MEMBUAT TEMPAHAN KRAFTANGAN TEMPATAN DARI SABAH?

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan kraftangan seperti yang ada dalam blog ini bolehlah mengajukan soalan berkaitan kos penghantaran dan pakej terkini ke alamat email berikut..

etute_85@yahoo.com

Terima Kasih..

PELANGGAN ADALAH RAJA..


Nota: Sos dalam kontena seperti dalam gambar adalah sos yang terlampau banyak dan sos tidak berkualiti..

Cakap pasal pelanggan...memang benar pelanggan adalah raja dalam perniagaan..segalanya perlu memenuhi kehendak pelanggan, jika tidak..peniaga tidak akan dapat duit..baru-baru ini saya dan isteri makan di gerai makan terkenal di Ibu Kota...apabila kami duduk, pelayan wanita mengambil order..minuman memang cepat sampai tapi yang kurang adalah makanan sampai sangat lambat malah tidak disediakan dengan baik..nasi goreng pataya yang saya order terlalu banyak sos...mi hoon goreng yang isteri saya pesan juga ada sehelai rambut...


Jika diikutkan hati sudah lama kami bangun dan bergerak ke tempat lain namun disebabkan sikap memahami..kami tunggu walaupun hampi 20 minit menunggu...
Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini ialah..
  • Kedai yang mendapat sambutan yang berterusan adalah kedai yang memberi perkhidmatan yang cepat dan layanan yang baik kepada pelanggan tidak kira usia dan ras.
  • Beri yang terbaik kepada pelanggan..lebih dari yang difikirkan oleh pelanggan.
  • Beri layanan yang terbaik..layan seperti Raja, pasti pelanggan akan datang lagi dan membawa 10 atau lebih ramai lagi pelanggan kepada anda.
  • Tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang dilakukan masa itu.


Wednesday, June 2, 2010

FORMULA KEKAYAAN..

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu..tidak kira tua ataupun pada usia muda..formula kekayaan boleh dimiliki oleh semua orang yang penting ada kemahuan dan tindakan untuk mencapai impian yang diinginkan..
Kekayaan milik semua, kita yang mencipta situasi..jika ada tindakan impian itu menjadi milik kita, di bawah adalah formula yang mudah diikuti...
  1. Jana wang + Urus hutang + Menyimpan + Melabur dengan bijak = Kebebasan kewangan

Jika kita berjaya melakukan hal yang sama, kita pasti akan dapat kebebasan kewangan seperti yang kita inginkan...

Followers