Pages

Tuesday, July 20, 2010

JIKA KITA YAKIN, KITA AKAN BERJAYA

Apabila kita yakin mesti ada sebabnya..mungkin kita yakin kita akan mendapat apa yang kita inginkan kerana kita boleh nampak kejayaan yang bakal kita perolehi..sebagai contoh kita mempunyai impian untuk mendapat sebuah kereta sport Mazda RX8 contohnya..dalam masa yang sama kita menjalankan perniagaan yang semakin maju dan mendapat permintaan yang banyak..
Apabila kita lihat bahawa perniagaan kita semakin maju, keyakinan kita juga bertambah..kita akan bakal mendapat apa yang kita inginkan kerana sebab yang kukuh..jika kita tidak mempunyai sebab yang kukuh maka kkeyakinan untuk kita berjaya dalam perniagaan adalah kurang..kemungkinan impian kita akan terkubur dan tidak akan dapat dicapai..
Ciptakan sebab yang kuat membolehkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan..





Monday, July 19, 2010

KEJAYAAN ADALAH USAHA..BUKAN KEBETULAN

Kejayaan yang kita kecapi hari ini bukalah satu kebetulan..kita yang menentukannya sebelum ini. jika sebelum ini anda melakukan tindakan mengikut perancangan anda..itulah hasil titik peluh dan kepayahan anda selama ini.. jika hari ini anda dapat lihat bahawa anda telah memiliki kereta idaman anda, rumah idaman anda dan memiliki perniagaan yang maju dan stabil..sebenarnya semuanya bermula daripada hasil tindakan pantas dan tindakan berterusan anda dalam memajukan perniagaan anda..
Kita harus berani menerokai bidang perniagaan yang kita minat diikuti dengan pembelajaran berterusan sehingga menjadi mahir dalam perniagaan yang anda ceburi..pastikan perniagaan yang anda ceburi mempunyai permintaan yang tinggi..terlebih dahulu anda telah membuat kajian dengan teliti dan bukannya memulakan perniagaan berdasarkan perniagaan orang lain yang anda lihat memperoleh untung yang banyak..perniagaan adalah tentang memahami apa yang diperlukan oleh ramai orang bukannya diperlukan oleh satu atau lima orang sahaja..
Jika sudah ditentukan bidang perniagaan, kuasai ilmu dari segi pemasaran, iklan dan sebagainya sehingga perniagaan anda mencapai pendapatan dan kemajuan paling maksimum..
Salam kejayaan untuk kita semua...dengan harapan tahun hadapan akan ada perubahan besar dalam hidup anda..




http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=georgesimbeh

Sunday, July 11, 2010

LANGKAH-LANGKAH MENJAYAKAN PERNIAGAAN ANDA

walaupun kita menjalankan perniagaan yang berbeza-beza namun beberapa langkah ini pasti sama dalam perniagaan..
  1. Sebelum memulakan perniagaan, jangan terus terjun dalam bidang yang anda nampak menguntungkan..jika anda melakukan hal yang sama tanpa membuat kajian permintaan, perniagaan anda tidak akan berytahan lama. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukan kajian permintaan dalam kawasan perniagaan anda.
  2. Pilih dan mulakan. Setelah membuat kajian buat shoot list kemudian pilih satu ungtuk dimulakan dengan segera.
  3. Cari kekuatan perniagaan yang anda jalankan. Kekuatan perlu diperbaiki agar menjadi perniagaan yang kukuh. Kelemahan pula perlu diperbaiki dan cuba mengubah kelemahan menjadi kekuatan.
  4. Kembangkan perniagaan secara berterusan. seluruh tenaga, pengorbanan, kemahuan dan tenaga-tenaga lain yang boleh menyumbang kepada perkembangan perniagaan anda harus dilakukan secara barterusan..
  5. Teruskan perniagaan sampai hayat anda sebab itulah minat anda. Wariskan perniagaan itu kepada generasi anda yang seterusnya.

Salam Kejayaan...

Monday, July 5, 2010

ANDA HARUS MENJADI PAKAR DALAM BIDANG YANG DICEBURI

Walau apapun bidang anda lakukan hari ini..lakukan yang lebih daripada yang biasa orang lain lakukan..jika anda mengusahakan perniagaan berkaitan bunga..kalau anda setakat tahu 5-10 nama bunga, anda masih diiktiraf belum pakar...jika anda serba tahu banyak perkara tentang bung..dari nama, warna, musuh utama, penjagaan, ketahanan fizikal dan sebagainya..anda adalah pakar..
Begitu juga dengan perniagaan yang anda mulakan hari ini..mulakan, kembangkan sehingga menjana pendapatan dan kepuasan yang sangat kepada anda bukan setakat biasa-biasa..tapi sangat istimewa..
Apapun bidang anda..jual pakaian terpakai, jual kuih, jual mi goreng, jual air tebu tepi jalan, jual kereta terpakai, jual insurans dan banyak lagi..jadilah pakar dalam bidang anda..kejayaan akan dikecapi dengan cemerlang..mulakan hari ini menguasai ilmu perniagaan anda dan jadilah pakar...dapatkan ilmu setiap hari dengan pelbagai cara..




Saturday, July 3, 2010

MULAKAN SATU FOKUS DALAM SATU MASA

Lambat sedikit membuat kemaskini blog..faham-fahamlah musim bola ni..Walau apapun ilmu mesti sentiasa bertambah..cari ilmu dan kita akan dapat sesuatu yang amat berrharga dalam hidup..
Biasanya orang yang tidak berjaya mempunyai banyak fokus dalam masa yang sama..membuat kerja serentak dan mengharapkan hasil yang lebih baik daripada yang diharapkan..namun apa yang selalu mereka dapat ialah hanya sedikit sahaja hasil yang mereka dapat berbanding dengan orang yang memberikan sepenuh fokus dalam satu hal dalam satu masa..
Jika meberi fokus satu perkara sahaja dalam satu masa hasil yang akan diperolehi lebih daripada biasa..jika matlamat adalah memulakan perniagaan dan memperoleh sekurang-kurangnya memperolehi pendapatan sebanyak Rm2000 sebulan..dalam hal ini perlu fokus kepada satu cabag perniagaan dan jalankan sehingga berjaya ataupun dilakukan sehingga akhir hayat lagi bagus..
Fokus dalam satu perkara memberikan hasil yang lebih bagus berbanding dengan orang yang menumpukan atau fokus kepada banyak matlamat dalam masa yang sama..
p.s : Berikan fokus yang maksimum kepada satu matlamat..




Thursday, July 1, 2010

BERAPA YANG PERLU ANDA LABURKAN DALAM PERNIAGAAN ANDA..

Berapakah jumlah wang yang perlu anda laburkan dalam perniagaan yang diusahakan untuk mendapat pulangan yang tinggi?Adalah cukup hanya RM20k kita akan dapat pulangan melebihi RM50k sebulan?..
Melalui pemerhatian saya beberapa minggu yang lepas saya mendapati bahawa peniaga perlu laburkan sebanyak manapun sebab bila kita laburkan wang untuk memajukan perniagaan kita..duit itu akan datang balik kepada kita suatu hari nanti..dan yang penting sekali wang yang dilaburkan akan bertambah nilai..
Banyak contoh perniagaan yang telah maju walaupun dahulunya hanya perniagaan kecil sahaja..peniaga ini melabur berapa sahaja wang yang ada..mereka faham bahawa duit itu digunakan untuk membuat duit...ada satu kedai runcit yang ada di kampung saya, dahulunya kedai runcit ini hanya kecil sahaja dan menjual barangan keparluan harian yang hanya sedikit..disebabkan tiada modal banyak jadi pembelian barang jualan pun hanya sedikit dalam satu masa..tapi pada hari ini kedai runcit tersebut semakin maju..kedainya penuh dengan barang jualan..pendapatan pun semakin banyak..rahsia kejayaan kedai runcit ini adalah mengembangkan perniagaan secara berterusan sehingga sampai ke tahap yang maksimum..
Apa yang kita laburkan, itulah hasil yang kita akan dapat..yang penting kita melabur di tempat yang akan menjana duit dan bukan membakar duit..kita berbelanja membeli baju mahal adalah peleburan sebab duit akan hangus..nilai pakaian akan turun dan tidak mendatangkan hasil..melabur ke dalam perniagaan akan menjadikan anda kaya..duit yang anda laburkan akan menghasilkan duit kepada anda..

BAGAIMANA MENDAPAT PENDAPATAN YANG STABIL?

Bagi mereka yang kerja makan gaji..kerja dengan orang lain,gaji tetap diperolehi hujung bulan. Tapi perkara biasa yang berlaku adalah tidak cukup duit setiap bulan..bagaimana ia berlaku?bagaimana menyelesaikan masalah tersebut?
  • Perlu ada sumber pendapatan dari pelbagai sumber..misalnya anda ada 5 sumber pendapatan tambahan seperti..tukang masak sambilan, menaip kerja kursus, jual di pasar malam, ejen jualan langsung, dan jurufoto..pendapatan tambahan ini perlulh tidak menganggu masa kerja anda..boleh dilakukan secara sambilan..jika 2 daripada sumber pendapatan tambahan ini tidak menghasilkan pendapatan dalam 1 minggu..masih ada 3 sumber pendapatan yang akan memberikan anda duit..
  • Jalankan perniagaan yang boleh dijalankan secara automatik seperti membeli mesin penapis air dan letak diluar rumah..anda tidak perlu ada setiap masa untuk mengurus mesin tersebut kerana ia berjalan secara automatik..hujung bulan boleh kutip duit..
  • Perniagaan yang sesuai bagi orang yang berkerja ialah perniagaan yang kurang menggunakan tenaga sendiri..orang lain urus kita hanya memberi arahan kepada pekerja untuk melakukan apa yang patut..

Banyak cara untuk menjadi kaya..ada cara yang susah tapi pulangan tinggi..ada juga senang tapi pulangannya sedikit..kita yang pilih..



Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!





BAGAIMANA MENYELESAIKAN HUTANG ANDA?

Memang satu perkara biasa bagi kita yan g mempunyai modal yang sikit untuk memulakan perniagaan ataupun membeli rumah ataupun kereta..kita tetap meminjam daripada bank..semua bank sangat murah hati..tapi dengan syarat kena bayar balik..

Bagaimana kita dapat menyelesaikan hutang yang berlambak?
  • List hutang anda..contoh: kereta RM860.00, rumah RM950.00 dan sebagainya..
  • Susun hutang anda mengikut urutan daripada hutang dengan jumlah sedikit kemudian hutang yang jumlahnya besar..
  • Susun strategi untuk menyelesaikan hutang anda yang jumlah sedikit dahulu kemudian yang besar..
  • Usahakan untuk mendapat extra money untuk menambah jumlah bayaran minimum kepada hutang-hutang yang ada..

Monday, June 28, 2010

RAHSIA FOKUS DALAM PERNIAGAAN..

Salah satu rahsia dalam perniagaan ialah 'fokus'..kalau kita lihat perniagaan yang berjaya sentiasa fokus dan mengembangkan perniagaan ke tahap yang terbaik mengikut peredaran kemodenan dan keperluan semasa..fokus kepada satu bidang perniagaan sehingga berjaya adalah lebih kurang seperti ilustrasi berikut..
Perniagaan Ah Kiong ialah perniagaan runcit...
-Berniaga lebih 20 tahun dalam bidang yang sama iaitu kedai runcit
- Apa yang diubah oleh beliau adalah ruang niaga lebih besar, cat baru, pekerja ramai dan bertambah setiap tahun, lebih banyak pilihan barang yang disediakan dan banyak lagi yang berkaitan dengan memajukan perniagaan asal..
- Beliau tidak pernah ubah bidang perniagaan..apa yang diubah adalah cara dan strategi berniaga..
- Bermula dari tahun 1967 hingga hari ini..perniagaan beliau tetap sama..
Apa yang perlu kita pelajari adalah fokus kepada satu bidang perniagaan..kembangkan secara berperingkat-peringkat..

MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENGGUNAKAN KEPAKARAN ORANG LAIN..part 3

Sambungan daripada artikel lepas..kali ini mengenai bagaimana menjana wang dengan menggunakan kepakaran orang lain...dalam dunia ini kita memang tidak mampu untuk mahir dalam pelbagai ilmu..namun begitu kita boleh memperolehinya dengan meminta bantuan orang lain..tapi yang hebatnya adalah hal ini menjana wang untuk anda..
Sebagai contoh:
Ahmad merupakan seorang peniaga kedai runcit bertaraf supermarket..beliau hanya tahu dalam soal barang permintaan pelanggan namun beliau tidak tahu tentang perakaunan dan percukaian..jadi beliau mengupah seorang yang memang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut..dalam ertikata lain beliau mengaji orang lain untuk menggunakan kepakarannya..Ahmad dapat melipatkaliganda keuntungan dan orang yang menyumabang kepakaran dalam perakaunan dan percukaian dapat wang sebagai balasan..
Jika kita tidak mempunyai kepakaran..upah orang lain..kita akan dapat pulangan dalam bentuk keuntungan yang berganda...tidak rugi mengupah orang lain..salam kejayaan..


Saturday, June 26, 2010

MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENGGUNKAN MASA ORANG LAIN...part 2

Post ni merupakan sambungan post part 1 sebelum ini..kalau kita perhatikan ramai yang menngaplikasikan cara ini untuk menjana keuntungan yang berlipatkali ganda dalam perniagaan..dalam bahagian saya akan sentuh mengenai masa..kita gunakan masa orang lain untuk menjana keuntungan..kita suruh orang lain melaksanakan kerja yang menghasilkan duit, masa orang lain digunakan untuk menghasilkan duit..
Banyak cara untuk menghasilkan duit dengan menggunakan masa orang lain..sebagai contoh, mengupah orang lain membuat kerja anda seperti menyemak senarai pelanggan, menyambut panggilan telefon pelanggan dan sebagainya..
Gunakan masa orang lain untuk menjana keuntungan dan menjimatkan masa kita..dalam masa yang sama kita dapat melakukan beberapa kerja dalam satu masa...
Menggunakan masa orang lain dapat menjana keuntungan...

Thursday, June 24, 2010

MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENGGUNAKAN DUIT ORANG LAIN..Part 1

Banyak cara untuk mendapatkan sesuatu..ingin berjaya kena berfikir kreatif..bukan semua perkara akan diberitahu kepada kita..siapa kita sehingga semua ilmu dan kemahiran ada orang yang datang dengan sendirinya membantu kita..tidak ada..kena berusaha sendiri..namun yang paling bagusnya orang lain akan sudi membantu kita dalam menjayakan bisnes kita..tiada modal? ada caranya..
Cara yang paling mudah dan tidak susah cuma perlu kreatif dan pandai mengambil peluang yang ada didepan mata..kita dapat menjayakan perniagaan kita dengan menggunakan duit orang lain..ya, dengan duit orang lain..sebagai contoh kita menggunakan duit daripada bank untuk membeli rumah..satu pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka panjang..jadi kita tidak perlu berhempas-pulas membanting tulang mengumpul duit sehingga Rm100k..paling bijak..gunakan duit bank..

Saturday, June 19, 2010

BAGAIMANA MENJAGA KESIHATAN?

Kesihatan sangat penting..ada yang mengalami masalah kesihatan seawal belasan tahun dan tidak kurang juga yang mengalami penyakit dan kelemahan tubuh badan ketika usia mencecah 50-an ke atas..
Bagi memastikan kesihatan kita dalam keadaan yang terbaik, kita perlu mengamalkan cara pemakanan yang baik..maksud baik disini ialah memilih jenis makanan yang diambil..jangan mengambil makanan dengan mengikut hati dan nafsu makan semata-mata..
Amalkan pemakanan seperti berikut....
  • Kurangkan pengambilan minyak, gula dan garam dalam makanan yang diambil sehari-hari..pastikan tidak terrlalu banyak minyak digunakan ndalam masakan ataupun tidak menggunakan minyak lagi bagus..amalkan pengambilan gula yang sedikit atau tidak menggunakan gula lagi bagus sebab dalam makanan memang mengandungi gula...Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan jantung mengepam dengan lebih cepat untuk meneutralkan kandungan garam yang banyak..garam yang banyak menyebabkan penyakit..jadi kurangkan penggunaan minyak, gula dan garam..
  • Makan makanan yang seimbang..seimbang maksudnya makanan yang diambil bukan dalam kategori yang sama sahaja setiap hari sepanjang minggu..jika hari ini makan nasi dan daging ayam..jika makan makan makanan yang sama setiap hari maksudnya makanan yang dimakan adalah tidak seimbang..
  • Minum banyak air...apapun air, yang penting air..namun air yang terbaik adalah air bening ataupun air biasa..minum banyak air yang bergas atau berkarbonat tidak bagus untuk badan..

Friday, June 18, 2010

BAGAIMANA ORANG KAYA MEMBUAT DUIT?

Kalau mahu kaya kita perlu tengok orang kaya..ikut cara mereka membuat duit..cuba perhatikan dan buat kajian bagaimana mereka mendapat duit dan bagaimana cara mereka menambahkan jumlah duit yang ada pada mereka..
Jika kita lihat bagaimana cara mereka membuat duit..kita akan faham bahawa kita semua berhak dan mempunyai peluang yang sama..masa kita sama..yang membezakan kita dan mereka ialah keghairahan "passion" dalam apapun yang dilakukan..perlu ada semangat yang tinggi atau kehendak yang membuak-buak dalam hati...hal ini yang membuatkan kita berjaya..
Perlu ada keinginan yang membuak-buak..bersemangat untuk mmendapatkannya..dengan keinginan yang sebegitu barulah impian akan tercapai..bukan susah untuk menjadi kaya..hanya perlu mewujudkan banyak sumber pendapatan yang banyak dan tidak terhad..dan yang paling penting ialah memulakannya hari ini...

Sunday, June 13, 2010

TEMPAT YANG BELUM PERNAH SAYA PERGI..HARI INI DAH SAMPAI







Pada 11 Jun lepas..time khawin kawan saya barulah saya dapat pergi ke satu kampung yang belum pernah saya sampai sebelum ni..tempatnya lebih kurang 40 minit perjalanan dengan menggunakan kereta pancuan 4 roda..
Pengalaman yang paling manis kerana dapat sampai ke tempat yang tidak pernah terbayang di fikiran..tiba-tiba sampai akhirnya..perkara yang paling penting disini ialah saya belajar bahawa jika kita tidak mengalaminya sendiri kita tidak sehebat mana..kita tidak dapat merasai perjalanan pengalaman jika tidak melakukannya sendiri..pengalaman itu sangat berharga...buat sesuatu yang baru..rasai pengalaman dan belajar daripadanya..














Saturday, June 12, 2010

APA KELEBIHAN PERNIAGAAN ANDA?

Saya percaya dengan kebenaran sebab dan akibat..jika berlaku sesuatu pasti ada sebab kenapa ia berlaku seperti..mesti ada sebab..
Dalam perniagaan selalunya orang akan melihat keadaan sekitar..membaca persekitaran dan kemudian mengatur strategi bagaimana berjaya dalam perniagaan hyang akan diceburi..perkara ini sangat perlu..kena kaji sesab yang mungkin yang akan membantu perniagaan yang akan dibuka berjaya dengan baik...
Contoh situasi:
Restoran Chong Kiong terletak berhampiran dengan perhentian bas dari beberapa kampung di daerah tersebut..setiap hari isnin hingga jumaat kedai makan beliau sesak dengan orang untuk makan..kebanyakkan pelanggan beliau adalah terdiri daripada orang kampung yang turun dan tunggu bas berhampiran..
Analisis:
Berdasarkan situasi ini Restoran Chong Kiong mempunyai pelanggan tetap iaitu orang kampung yang turun dan tunggu bas di situ..Salah satu sebab mengapa perniagaan restoran Chong Kiong adalah disebabkan oleh adanya pelanggan tetap di situ...

Monday, June 7, 2010

DUA PERKARA INI ANDA PERLU TAHU UNTUK MENJADI KAYA..

Dua perkara ini perlu ada jika ingin menjana kekayaan..tidak kira dalam bentuk apapun perniagaan anda..dua perkara ini harus seiring..jika salah satu tidak ada atau anda tidak aplikasikan dalam perniagaan anda..anda tetap tidak kaya..duit hanya singgah sebentar sahaja kepada anda..
Apa dua perkara itu?
  1. Anda perlu pandai mencari peluang untuk mendapatkan duit..banyak cari mendapatkan duit..jika tidak pandai mencari duit anda tidak akan mendapat duit atau istilah lebih tepat anda tidak berduit..jadi, kena pandai cari peluang-peluang yang sedia ada untuk menjana duit untuk anda..ada banyak cara mendapat duit..berkerja keras untuk mendapat duit atau bekerja dengan bijak untuk mendapat duit..
  2. Pandai simpan atau labur duit di tempat yang betul...yang ini sangat penting..sebanyak manapun duit anda tidak akan bertambah banyak sekiranya tidak pandai menyimpan atau melabur duit yang anda dapat..

Jika kita mengamalkan dua perkara ini..kita akan menjadi kaya..bukan susah untuk kaya..kena pandai cari strategi dan peluang..itu yang sangat penting..dan bila dapat hasil..simpan dan laburkan..pasti duit akan bertambah banyak dan tidak akan berkurang...

BAGAIMANA MEMBUAT TEMPAHAN KRAFTANGAN TEMPATAN DARI SABAH?

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan kraftangan seperti yang ada dalam blog ini bolehlah mengajukan soalan berkaitan kos penghantaran dan pakej terkini ke alamat email berikut..

etute_85@yahoo.com

Terima Kasih..

PELANGGAN ADALAH RAJA..


Nota: Sos dalam kontena seperti dalam gambar adalah sos yang terlampau banyak dan sos tidak berkualiti..

Cakap pasal pelanggan...memang benar pelanggan adalah raja dalam perniagaan..segalanya perlu memenuhi kehendak pelanggan, jika tidak..peniaga tidak akan dapat duit..baru-baru ini saya dan isteri makan di gerai makan terkenal di Ibu Kota...apabila kami duduk, pelayan wanita mengambil order..minuman memang cepat sampai tapi yang kurang adalah makanan sampai sangat lambat malah tidak disediakan dengan baik..nasi goreng pataya yang saya order terlalu banyak sos...mi hoon goreng yang isteri saya pesan juga ada sehelai rambut...


Jika diikutkan hati sudah lama kami bangun dan bergerak ke tempat lain namun disebabkan sikap memahami..kami tunggu walaupun hampi 20 minit menunggu...
Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini ialah..
  • Kedai yang mendapat sambutan yang berterusan adalah kedai yang memberi perkhidmatan yang cepat dan layanan yang baik kepada pelanggan tidak kira usia dan ras.
  • Beri yang terbaik kepada pelanggan..lebih dari yang difikirkan oleh pelanggan.
  • Beri layanan yang terbaik..layan seperti Raja, pasti pelanggan akan datang lagi dan membawa 10 atau lebih ramai lagi pelanggan kepada anda.
  • Tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang dilakukan masa itu.


Wednesday, June 2, 2010

FORMULA KEKAYAAN..

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu..tidak kira tua ataupun pada usia muda..formula kekayaan boleh dimiliki oleh semua orang yang penting ada kemahuan dan tindakan untuk mencapai impian yang diinginkan..
Kekayaan milik semua, kita yang mencipta situasi..jika ada tindakan impian itu menjadi milik kita, di bawah adalah formula yang mudah diikuti...
  1. Jana wang + Urus hutang + Menyimpan + Melabur dengan bijak = Kebebasan kewangan

Jika kita berjaya melakukan hal yang sama, kita pasti akan dapat kebebasan kewangan seperti yang kita inginkan...

Monday, May 31, 2010

MAHU CEPAT KAYA ATAU LAMBAT KAYA TAPI KEKAL LAMA..

Kalau mahu cepat kaya, ikutlah skim cepat kaya..banyak skim cepat kaya yang ada..banyak pilihan yang menanti anda yang mempunyai hasrat yang tinggi menjadi kaya raya sekelip mata..tidak payah bisnes..tidak payah susah payah...
Kalau mahu kaya buatlah kerja-kerja haram seperti mencuri, merompak, jual nombor haram, jual tanah milik orang lain, curi lembu dan jual...kerja haram juga berpotensi enjadi kaya dengan sekelip mata, tidak payah susah...Semua ini tidak akan kekal lama..paling-paling pun dapat hari ni beribu esok hilang beribu...benda yang tidak halal memang tidak akan kekal lama...
Kalau mahu kekayaan kekal lama perlu bermula dengan kecil...beransur-ansur majukannya menjadi perniagaan yang terbaik dan mempunyai sistem dan strategi perniagaan yang terbaik...oleh itu,mulakan dengan kecil..berniaga dengan jujur...keberkatan akan datang seiring dengan usaha anda..Bukan kekayaan sementara yang dikejar...itu tidak pasti..mulakan dengan melakukan perniagaan yang menjamin pulangan dan bertahan lama seperti restoran dan sebagainya..
Kenapa perniagaan perlu dilakukan berpuluh tahun baru dapat lihat hasil?
- Perniagaan tidak akan dapat dikuasai dalam masa yang singkat..kita mengambil masa yang lama untuk belajar melalui pengalaman dalam perniagaan yang kita ceburi..
- Melalui pengalaman perniagaan barulah dapat menguasai perniagaan dengan baik..
- Sabar dan teruskan sehingga akhir hayat perniagaan yang anda mulakan..

Sunday, May 30, 2010

DUIT KITA HILANG DIMANA?

Mungkin kita pernah mengalami situasi dimana apabila kita tengok dompet,kita kira-kira...kita tidak ingat apa yang kita belanjakan sampai RM100.00 lesap dalam beberapa saat...mungkit ramai antara kita yang pernah dan selalu mengalami perkara seperti ini...
Bagaimana cara agar kita tidak berasa bingung dan tertanya dimana wang kita dibelanjakan...berikut adalah cara yang boleh kita cuba untuk melihat berapa banyak wang yang kita belanjakan...
  1. List semua barang yang anda beli..tidak kira kecil atau besar..
  2. Sertakan harga barang yang anda beli..jangan buang resit atau bil yang diberikan oleh pemilik kedai..
  3. Kira semula pembelian anda...

Kesimpulannya, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada sekarang..ia tidak bermakna sekiranya kita tidak menggunakan dengan cermat...duit akan habis dengan cepat tapi untuk mendapatkannya sangat susah kerana dengan susah payah..hargailah wang yang anda dapat..jangan buang di tempat yang tidak sepatutnya...paling baik laburkan sejumlah yang banyak di tempat yang mendatangkan hasil yang kembali kepada anda..

Jalan-jalan cari pengalaman baru..

Sabah Tea

Tagal (sungai yang dikhaskan untuk membiak ikan-orang awam tidak dibenarkan mengambil dalam apa-apa cara sekalipun) Kg. Luanti, Ranau

















Hari ni kami (isteri dan adik-adik )pergi ke tempat-tempat menarik di Ranau, Sabah..Mula-mula ke Desa Cattle, Kundasang kemudian ke Tagal Kg. Luanti kemudian mengakhiri jalan-jalan cari pengalaman di Sabah Tea..walaupun cuma berjalan-jalan, banyak pengalaman yang dapat diperolehi...hari-hari kerja tiba masa ambil masa relaks..layan gambar yang ada...bukan setakat perjalanan, ia adalah pengalaman yang sangat bermakna..belajar pengalaman baru dengan melakukan aktiviti yang baru..
Kalau tidak pergi ke tempat-tempat pelancongan, sampai bila-bilapun kita tidak akan merasa pengalaman yang sangat bermakna...jom jalan-jalan cari pengalaman..













Thursday, May 27, 2010

OW 030-RM28.00
Tempat tisu
OW 031-RM42.00
Perhiasan


OW 032-RM35.00
Beg wanita

OW 033-RM45.00
Perhiasan dinding








OW026-RM42.00
Dulang pelbagai guna


OW 027-RM5.00 (satu)
keychain

OW 028-RM5.00 (satu)
keychain

OW 029-RM4.50
Cendera kenangan






OW 021-RM7.00
Cendera kenangan

OW 022-RM35.00
Beg wanita


OW 023-RM35.oo
Beg wanita



OW 024-RM35.00
Beg wanita




OW 025-RM35.00
Beg wanita






OW 017-RM32.00
Beg wanita

OW018-RM30.00
Madu lebah


OW 019-RM15.00
Tuhau ( Makanan tempatan masyarakat Sabah)



OW 020-Rm15.00
Jeruk bambangan (makanan tempatan Sabah)











OW 013-RM2/RM5/RM10
Kacang tanpa kulit

OW 014-RM2/RM5/RM10
Kacang tanah dengan kulit


OW015-RM8.00
Cendera kenangan




OW016-RM26.00
Bakul diperbuat daripada rotan


OW 017-RM28.00 (satu)
Baju sabah






OW 009-RM40.00
Baju Sabah


OW 010-RM28.00
Songket



OW 011-RM38.00
Topi lelaki



OW 012-RM 39.00
Topi wanita





OW 013-RM38.00
Beg wanita








OW 006 - RM38.00
Beg

OW 007-RM32.00
Beg





OW 008-RM8.00
Tempat pen






OW 009-RM5.00
Dompet duit syiling








SEMUA HASIL TEMPATAN SABAH..

OW 001- RM 15.00
Guitar perhiasan


OW 002 - Rm12.00
Keychain




OW 003 - RM8.00
Dompet wanita





OW 004 - RM15.00
Dompet wanita(besar)



OW 005 - RM15.00
Dompet wanita(Besar)







Followers