Pages

Monday, June 7, 2010

PELANGGAN ADALAH RAJA..


Nota: Sos dalam kontena seperti dalam gambar adalah sos yang terlampau banyak dan sos tidak berkualiti..

Cakap pasal pelanggan...memang benar pelanggan adalah raja dalam perniagaan..segalanya perlu memenuhi kehendak pelanggan, jika tidak..peniaga tidak akan dapat duit..baru-baru ini saya dan isteri makan di gerai makan terkenal di Ibu Kota...apabila kami duduk, pelayan wanita mengambil order..minuman memang cepat sampai tapi yang kurang adalah makanan sampai sangat lambat malah tidak disediakan dengan baik..nasi goreng pataya yang saya order terlalu banyak sos...mi hoon goreng yang isteri saya pesan juga ada sehelai rambut...


Jika diikutkan hati sudah lama kami bangun dan bergerak ke tempat lain namun disebabkan sikap memahami..kami tunggu walaupun hampi 20 minit menunggu...
Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini ialah..
  • Kedai yang mendapat sambutan yang berterusan adalah kedai yang memberi perkhidmatan yang cepat dan layanan yang baik kepada pelanggan tidak kira usia dan ras.
  • Beri yang terbaik kepada pelanggan..lebih dari yang difikirkan oleh pelanggan.
  • Beri layanan yang terbaik..layan seperti Raja, pasti pelanggan akan datang lagi dan membawa 10 atau lebih ramai lagi pelanggan kepada anda.
  • Tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang dilakukan masa itu.


No comments:

Followers