Pages

Friday, May 7, 2010

BAGAIMANA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN DALAM MASA 3 TAHUN

Benarkah kapabila berniaga kita hanya perlu tunggu tempoh 3 Tahun dan kita akan berjaya...inilah satu tanggapan yang tidak berasas. Kita tidak sepatutnya membuat jangkaan awal yang negatif. Sebenarnya bukan masa atau tempoh yang ditunggu tapi pengalaman...sepatutnya ayat tersebut seperti berikut ' Anda akan semakin matang dalam perniagaan sekiranya anda telah lama dalam industri anda'...lagi lama kita dalam sesuatu industri, lebih pakarlah kita dalam urusan,pentadbiran dan kawalan sistem perniagaan kita.

Mempunyai semangat yang tinggi menggunung tidak bermakna anda akan berjaya dalam sesuatu bidang...bukan semangat semata-mata tapi plan yang rapi dan tersusun..tahu tentang risiko,modal,pekerja dan sebangainya...Sebaik-baiknya,kaji dan selidik faktor permintaan barulah mulakan perniagaan berdasarkan permintaan tersebut...

Nampak bisnes tersebut terus ikut melakukan bisnes yang sama walaupun tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk masuk dalam cabaran bisnes tersebut...jangan jadi bodoh sombong..sudah tahu tidak tahu,tidak bertanya pula..berniaga dengan bijak dan kreatif bukannya ikut budaya ikut-ikutan...

No comments:

Followers