Pages

Monday, May 31, 2010

MAHU CEPAT KAYA ATAU LAMBAT KAYA TAPI KEKAL LAMA..

Kalau mahu cepat kaya, ikutlah skim cepat kaya..banyak skim cepat kaya yang ada..banyak pilihan yang menanti anda yang mempunyai hasrat yang tinggi menjadi kaya raya sekelip mata..tidak payah bisnes..tidak payah susah payah...
Kalau mahu kaya buatlah kerja-kerja haram seperti mencuri, merompak, jual nombor haram, jual tanah milik orang lain, curi lembu dan jual...kerja haram juga berpotensi enjadi kaya dengan sekelip mata, tidak payah susah...Semua ini tidak akan kekal lama..paling-paling pun dapat hari ni beribu esok hilang beribu...benda yang tidak halal memang tidak akan kekal lama...
Kalau mahu kekayaan kekal lama perlu bermula dengan kecil...beransur-ansur majukannya menjadi perniagaan yang terbaik dan mempunyai sistem dan strategi perniagaan yang terbaik...oleh itu,mulakan dengan kecil..berniaga dengan jujur...keberkatan akan datang seiring dengan usaha anda..Bukan kekayaan sementara yang dikejar...itu tidak pasti..mulakan dengan melakukan perniagaan yang menjamin pulangan dan bertahan lama seperti restoran dan sebagainya..
Kenapa perniagaan perlu dilakukan berpuluh tahun baru dapat lihat hasil?
- Perniagaan tidak akan dapat dikuasai dalam masa yang singkat..kita mengambil masa yang lama untuk belajar melalui pengalaman dalam perniagaan yang kita ceburi..
- Melalui pengalaman perniagaan barulah dapat menguasai perniagaan dengan baik..
- Sabar dan teruskan sehingga akhir hayat perniagaan yang anda mulakan..

No comments:

Followers