Pages

Wednesday, May 26, 2010

TIPS PERNIAGAAN..

Jangan memulakan perniagaan jika mengharapkan keuntungan berganda-ganda tanpa mengalami sedikit kerugian..perniagaan akan mengalami pasang surut seperti laut yang adalakanya mengalami keadaan pasang dan surut..itulah hakikat yang perlu diketahui dan diterima dalam dunia perniagaan..
Jangan menjual barang atau perkhidmatan yang tidak diperlukan oleh pelanggan pada masa itu..cari masalah dan selesaikan dalam bentuk perniagaan...sebagai contoh ramai yang mengalami batuk-batuk dan selesema..sebagai penyelesaian agar tidak dijangkiti oleh penyakit tersebut maka kita boleh menyediakan topeng muka sebagai penyelesaian dalam bentuk perniagaan...bukan free..
Majukan perniagaan pertama sehingga mencapai skala besar dan mungkin juga bertukar kepada skala yang lebih besar seperti pembekal...yang penting pasaran pernigaan kita menjadi lebih besar dan lebih sistematik dari segi pengurusan..
Buat pembaharuan kepada perniagaan yang kita usahakan...dari semasa ke semasa kita boleh masuk dalam pasaran yang lebih besar tapi perlu saling berkaitan untuk memudahkan pengurusan..
Cipta sesuatu yang unik dalam perniagaan kita...pastinya pelanggan akan sentiasa mengingati perkara tersebut sampai bila-bila..lagipun promosi dari mulut ke mulut sangat berkesan untuk tersebar dengan lebih cepat berbanding menggunakan cara tradisional seperti membuat banner dan sebagainya kerana pelanggan mengalami sendiri kepuasan barang atau perkhidmatan yang anda tawarkan..

No comments:

Followers