Pages

Thursday, July 1, 2010

BERAPA YANG PERLU ANDA LABURKAN DALAM PERNIAGAAN ANDA..

Berapakah jumlah wang yang perlu anda laburkan dalam perniagaan yang diusahakan untuk mendapat pulangan yang tinggi?Adalah cukup hanya RM20k kita akan dapat pulangan melebihi RM50k sebulan?..
Melalui pemerhatian saya beberapa minggu yang lepas saya mendapati bahawa peniaga perlu laburkan sebanyak manapun sebab bila kita laburkan wang untuk memajukan perniagaan kita..duit itu akan datang balik kepada kita suatu hari nanti..dan yang penting sekali wang yang dilaburkan akan bertambah nilai..
Banyak contoh perniagaan yang telah maju walaupun dahulunya hanya perniagaan kecil sahaja..peniaga ini melabur berapa sahaja wang yang ada..mereka faham bahawa duit itu digunakan untuk membuat duit...ada satu kedai runcit yang ada di kampung saya, dahulunya kedai runcit ini hanya kecil sahaja dan menjual barangan keparluan harian yang hanya sedikit..disebabkan tiada modal banyak jadi pembelian barang jualan pun hanya sedikit dalam satu masa..tapi pada hari ini kedai runcit tersebut semakin maju..kedainya penuh dengan barang jualan..pendapatan pun semakin banyak..rahsia kejayaan kedai runcit ini adalah mengembangkan perniagaan secara berterusan sehingga sampai ke tahap yang maksimum..
Apa yang kita laburkan, itulah hasil yang kita akan dapat..yang penting kita melabur di tempat yang akan menjana duit dan bukan membakar duit..kita berbelanja membeli baju mahal adalah peleburan sebab duit akan hangus..nilai pakaian akan turun dan tidak mendatangkan hasil..melabur ke dalam perniagaan akan menjadikan anda kaya..duit yang anda laburkan akan menghasilkan duit kepada anda..

No comments:

Followers